Friday, 4 July 2014

Gifted. The Only One.

Assalamualaikum . . .

The only one. Mungkin sebab baru sorang, so kasih sayang 10000% untuk awak baby. Lagipun kan awak anak sulung? ehhhh... I means anak tunggal buat masa ni. heee :)

So, rasa cinta pada awak tu kuat.

Mummy ingat lagi. Rasanya, ingatan ni insyaallah mummy akan ingat selagi mummy mampu.

29.11.13.
Mummy terjaga before solat subuh, mummy dapat tidur lena sebab mummy tak rasa sakit. Doctor dah advise awal2 doctor akan pecahkan air ketuban sebab dah seminggu, awak still nak 'bersiap' and tak nak keluar. Belum over due, but untuk keselamatan awak, doctor akan pecahkan air ketuban and waiting for the moment awak nak melihat dunia.

Mummy solat subuh atas katil, dah tak berapa larat nak solat berdiri. Mummy solat duduk je. Mummy doa Allah permudahkan urusan mummy hari ni. Kalau Allah dah takdirkan awak lahir hari Jumaat (Since mummy and papa also lahir hari jumaat sayang)., Insyaallah.

Papa dekat surau Hospital, solat and lepas tu papa belikan sarapan. Nurse bagi makanan untuk breakfast. Mummy tak dah kuat masa tu, mummy hanya mampu makan makanan (nasi lemak) yang papa suapkan. Itu pun dari tingkap ward je, sebab papa tak boleh masuk sayang.

Contraction every 5 minutes. Ya ampun, macam ni sakitnya. Tak tau nak describe sakit macam mana, but alhamdulillah papa sentiasa disisi. Mummy hanya mampu berzikir and baca apa yang mummy tau. Itu pun dalam hati. Nurse suruh simpan tenaga, nanti nak push masa deliver awak.

10.00am, mummy disuruh duduk atas wheelchair, for the first time, mummy dibawak ke labor room. Bit scary since, firsssttt timeee kan. Thanks Allah, masa tu ada few mommies to be yg tgh contrction jugak. Mummy just focus pada diri sendiri, and nak deliver secara normal.  Mummy menahan sakit till 2pm, nasib baik nurses and doctors semua baik2... good jobbbbbbb korang ! :') and at 2.23pm, awak dilahirkan secara normal dengan berat 3.39kg. 

Ibu, ibu cuba tengok. Girl ke Boy?

Errrr (mata pejam celik je), girl doctor.

Alhamdulillah, ibu sedar. Saya bersihkan baby dulu ya. 

Ok doctor (bergelinang air mata)

Ibu akan kena jahit dulu. Nanti kita bagi baby susu ya.

Alhamdulillah, mampu bagi bf pada baby. Thanks pd adik2 doctor-to-be daripada UiTM Shah Alam yg banyak bagi support for the whole day.... Since contraction sampai lah saat deliver. Be a good doctor adik2..... 


hasya wilda

Its okay baby, mummy will always be with you

Papa also will always be with you Princess





No comments:

Post a Comment