Sunday, 2 November 2014

TEMUDUGA PEGAWAI PENERANGAN S41

Assalamualaikum . . . . .

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis lagi . .

Pheewww !!! Weeekend tadi adalah minggu yang quite hectic jugak la.

Since Sabtu (1 Nov), sis akan attend govt interview untuk Pegawai Penerangan S41, plus malam pukul 8 ada online exam for PTD. Dua2 scope is tough jugak la.


Untuk position as pegawai penerangan, ini last stage yang menentukan samaada ANDA DITERIMA / ANDA GAGAL . (Result la maknanya. heeee).


Maybe post kali ni boleh adik-adik jadikan rujukan ya ! As what yang sis tau, ada 4 level untuk layak mendapatkan position ni.


FIRST LEVEL : EXAM

Exam bertulis di Sekolah Izuddin Ipoh pada 1 Mac 2014. Masa ni sis baru je habis pantang dan dah start bekerja di private company di Subang. Terpaksa ambil unpaid leave as takpe lah, pengorbanan :) Nasib adik2 ipar, husband and my mom in law temankan seharian masa jawab exam. and my baby pun in good mood.


Paper exam ada 4 section termasuklah :


Section A : Ujian pengetahuan am (soalan berkisar ttg SPA, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Skop kerja sebagai PRO, communications skills)


Section B : Calculations (no calculator/smartphone), pandai2 la kira okay !heee..


Section C : Essay in BM - Sis pilih tajuk PLKN rasanya.


Section D : Essay in English - Sis pilih tajuk Social Media rasanya.


Status : Lulussssss :)


SECOND LEVEL : PAC


Hah, ni stage yang kedua. Dipanggil untuk PAC (Programme Assesstment Centre), di Politeknik Shah Alam. Seharian untuk PAC tersangat la exhausted nya! Plus dengan ramai calon2 nya, time tu rasa macam dapat ke tak. Tak tau lah. heee.. Thanks to husband yang sanggup hantar ke Politeknik (naik motor) sebab nak avoid jammed melampau ! heeee.. ILY.


Tips :

  • Make sure berbaju kebangsaan eh ! (Berbaju kurung/betul2 formal with blazer and etc) 
  • Make sure semua document complete. Bawak gambar bersaiz passport bebanyak !!! :) Stationery complete. 
  • Smart phone ada link to internet (utk search info for task yg akan diberikan) 


Calon akan beratur (keutaamaan pd calon yg sedang berpantang, mengandung), diberi nombor badan, bergambar, mendaftar dan akan diberi tajuk untuk Public Speaking dan Pengucapan Awam. Sesi ini diberi taklimat oleh pegawai SPA dan staff daripada jabatan penerangan sendiri. Satu kumpulan terdiri dalam 10-12 orang. Ada banyak sesi untuk PAC kali ni, which sesi daripada pagi hingga petang.

PAC ada 6 sesi:


1.Ujian Sahsiah/ Minat

Jawab 250 soalan objektif dalam masa 30 minit. Soalan berkisar tentang personaliti diri, kemahiran dan penampilan sebagai pegawai. Selamat menjawab !!!


Tips : Sila jawab dengan JUJUR as soalan akan keep repeat to ensure yang calon menjawab dengan jujur.


2.Debat ala Parlimen
Hah, sis tak pernah join debat okay ! Its not easy. Tapi since kita dah diberi tajuk awal, persiapan dapat dibuat sebelum tu. Kumpulan akan dibahagi kepada dua. Pembangkang dan pencadang, Sis jadi pembangkang, dengan tajuk “Media baharu membawa kebaikan atau keburukan". Lebih kurang la.


Tips : Sila buat point sahaja. No need huraian. As point yang akan bantu kita explain lebih detail masa berhujah.


3.Group discussion

Topik: ‘New Media and Traditional Media, which one would you prefer’.
Perlu discuss dalam english. Just raise your hand, and kemukakan point kita.


Tips : Be confident. Limit to 3-4 points, as same reason. Teguhkan point yang kita ada.


4.Penyelesaian masalah

Kena create program bersempena hari Kemerdekaan. As our team discuss, create one contest dengan budget yang minima. Target audience pada belia. Lebih kurang la. Cant remember more details.


5.Pengucapan awam

Topik bagi section ni dah ditetapkan. Tak silap sis, sis dapat tajuk Modal Insan macam tu la. Kena la elaborate dalam masa 5-7 minutes macam tuh. Calon2 lain dapat tajuk, GST, Kesihatan . . . . .


6.Public Speaking

Antara topiknya PUBLIC TRANSPORT, HEALTHY LIFESTYLE, TEENAGERS . . . . Scope general tapi lebih best kalau dpt bagi fakta. Make sure fakta betul okay !


Status : Lulusssssss !!! :)


THIRD LEVEL : INTERVIEW
Alhamdulillah. One week before 1 Nov, sis dapat SMS utk attend interview di Pusat Temuduga SPA di Ipoh. Kembali ke Ipoh la nampaknya. Sis fikir, ini last stage before result samada dapat ataupun tidak. Sis usaha sebaiknya. Penemuduga is Dato Fadhillah from SPA and Ms (tak ingat nama, sorry) dari Jabatan Penerangan.


Tips :

  • Study ttg Jabatan Penerangan Malaysia secara KESELURUHAN (sejarah, organisasi,tugas, etika n etc) 
  • Study ttg SPA (tugas, sejarah n etc) 
  • Study ttg dasar2 negara (mungkin tak secara details, but at least tau dasar kerajaan) 
  • Fahami budget 2015, sistem kerajaan . 
  • Ingat setiap nama2 menteri dan Ketua setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Penerangan (Sis ditanya K.Setiausaha Negara)
  • Borang - Make sure buat satu salinan resume + document yg diperlukan. Document original disusun mengikut urutan didalam file. 
  • Etika berpakaian - Sila berpakaian formal bagi calon wanita (Berbaju kurung, wearing blazer, makeup just light2 jangan mcm opera Cina,berkasut tutup 
  • Bahasa : Sis prepare je diri if have to speak for the interview session, tapi KESELURUHAN nya MELAYU. Cuma macam biasa, ada jugak terselit english 'so', additional n etc.... hahaha.. Redha je lah. 
Sis diarahkan untuk memperkenalkan diri (Nama, umur, no ic, status (berkahwin/bujang), graduate from where, kenapa kami perlu pilih anda)


LAST BUT NOT LEAST, sesi interview santai2 je. Sis tak stress sangat sebab TAK NAK stress, nant ternampak jelas pada wajah. Eceeehhhh... Heeee.. Even santai2, but be polite, jawab dengan yakin, dengan nada suara yang betul (jangan kuat sangat, jangan perlahan mcm berbisik). Interviewer siap tanya, "malam ni u sit for ptf exam?". Yesss . Then I will give you tips... bla bla bla bla..... thank you so much Dato' Fadhillah. Even kalau bukan rezeki Pegawai Penerangan, mungkin rezeki sebagai PTD. Who knows? Insyaallah.


FOURTH LEVEL : BEKERJA (Dont have experience yet. Will share later IF diterima. DOAKAN! )


P/S : Sis lulus ujian exam Online PTD! Alhamdulillah. Tak sia2 bawak husband dan anak teman jawab exam dekat Cyber Cafe. Thanks sayang2 mummy. Doakan untuk next level, INTERVIEW PTD 2015 i think. Heeeee... aminnn...


Till Then,
XOXO
Mummy Hasya.

No comments:

Post a Comment