Friday, 19 December 2014

Result Pegawai Penerangan S41

Assalamualaikum . . . 

Kalau jawab sayanggggg... Tak jawab dosaaaa :)

Alhamdulillah. Sekali lagi diberi kesempatan menikmati kehidupan hari ini dengan anak dan suami. Bangun pagi, tengok suami kat sebelah kanan. Anak sebelah kiri. heee :) Bahagia alhamdulillah.

Tak lupa juga untuk call mak abah kat kg. At least setiap dua hari. (walaupun sembang dalam whatsapp tu rasanya hampir setiap hari. tapi nak jugak dengar suara. heee)

Call mak n abah mentua pun selalu. Sebab diaorg selalu bertanyakan cucu sulung kesayangan diaorg nih, cikundul mummy. heeee.. bertambah macam2 perangai sejak2 dah menjengah tahun pertama ni.

Hah, intro untuk rasa bersyukur je semua tu. bersyukur atas segala kurniaan Allah. Walau pun macam2 dugaan Allah berikan, tapi syukur masih kuat bertapak dan bertahan. 

12hb Dec hari tu, result untuk interview pegawai penerangan dah keluar. Ya Allah, nervous sangat rasanya. Maunya tak, calon interview satu Malaysia adalah 7000+ kot. Tapi based on statistic yg ada dalam website SPA, kekosongan adalah 4 sahaja! What do u expect??? hahahaha..

Mummy dah cuba yang terbaikkkkk sangat. Cuma itu first time mummy attend govt iv, maybe ada lack sana sini, and preparation pun just so-so and belum rezeki, maka jawapan nya adalahhhhh

DUKACITA, ANDA TIDAK BERJAYA DALAM URUSAN INI..... 


Alhamdulillah, belum rezeki lagi. Husnuzon. Terus peluk suami yang ada kat sebelah, sebab dia yang tolong check kan. Nervous punya pasal. Dia just cakap 'sokay,jangan sedih, belum rezeki'......

Insyaallah, cuba lagi bila ada kekosongan. Makanya, teruskan bekerja di sektor swasta. Bahagikan masa dengan baik antara waktu bekerja dan waktu untuk keluarga. Itu adalah yang terbaik buat masa ini. Alhamdulillah, gembira rasanya.




No comments:

Post a Comment