Friday, 19 December 2014

Salute SUPERMOM !!!!!

Assalamualaikum . . . . . 

Kalau jawab sayang . . . tak jawab dosa . .  . :)

Hahaha. Mummy sempat berblog kalau ada masa lapang je kat office ! Hello, im not mencuri tulang a.k.a makan gaji buta hokayy!!! Just take five untuk write something. Release something in my mind. if not. Boleh masuk hospital Tanjung Rambutan akibat stress melampau. hahaha.

Supermom ! I salute you ! Yes, you yang bergelar supermom. haha..

Its not an easy task okay. Jadi ibu bukan satu pertandingan which is kau menang, kau kalah, berapa point kau dapat jah ! Kau kalah dengan dia ton? Tak baik kau mahhhhh... 

Bukan senang menjadi ibu + isteri + anak + adik + kakak + menantu + pekerja.
Tapi Allah sentiasa permudahkan. Percayalah.

Breastfeed mommiess ! I SALUTE YOUU. SERIOUSLY. Even i still bf my baby, im not as tough as you think. Kepenatan bekerja 9-5 di office, kerja rumah after balik office, menjadi chef di dapur, fuhhhhh... Tuhan je kan tau. Anak mummy baru sorang, even until now still tak boleh nak adapt. hahaha.

IBU . Menjadi ibu itu rezeki allah kurniakan pada seorang yang bergelar isteri dan perempuan. Itu rezeki. Tak semua berpeluang menjadi ibu. Insyaallah, mummy hargai dan bersyukur diberi peluang menjadi ibu. Mendidik si anak, mengaji untuk dia, bacakan abc 123 alifbata, thats black cattttt,, seee fishhh baby, haiii kiki, itu daunnn,mummy masak, hasya wash hand.... (show her what i do, what she see,what she do and everything). Let her explore nature, tak marah bila dia duduk atas sejadah masa mummy nak sujud, pegang mulut mummy masa mummy baca2, biar dia jalan and jatuh, mummy support 'hasya stand up and walk back, hasya boleh', biar dia main senduk, explore her toys, biar dia sepahkan toys as she will put all her toys back into her toys storage... Ya Allah, awak dah membesar baby :')

ISTERI . Okay, satu lagi tittle. Alhamdulillah. Dah dua tahun and perjalanan tu masih lagi jauh. Bukan mudah. Kena pandai bahagikan masa. Anak. Suami. Kerja. Suami keluar mencari rezeki. Urusan kat rumah mummy uruskan. Papa bantu masa hujung minggu sahaja. Nasib dikurniakan suami yang memahami, tak cerewet pasal makan. Syukur sangat.

ANAK+ADIK+KAKAK+MENANTU . I will do my very best to laksanakan tanggungjawab ini sebaiknya. Doakan. 
my happy family


my big family


Result Pegawai Penerangan S41

Assalamualaikum . . . 

Kalau jawab sayanggggg... Tak jawab dosaaaa :)

Alhamdulillah. Sekali lagi diberi kesempatan menikmati kehidupan hari ini dengan anak dan suami. Bangun pagi, tengok suami kat sebelah kanan. Anak sebelah kiri. heee :) Bahagia alhamdulillah.

Tak lupa juga untuk call mak abah kat kg. At least setiap dua hari. (walaupun sembang dalam whatsapp tu rasanya hampir setiap hari. tapi nak jugak dengar suara. heee)

Call mak n abah mentua pun selalu. Sebab diaorg selalu bertanyakan cucu sulung kesayangan diaorg nih, cikundul mummy. heeee.. bertambah macam2 perangai sejak2 dah menjengah tahun pertama ni.

Hah, intro untuk rasa bersyukur je semua tu. bersyukur atas segala kurniaan Allah. Walau pun macam2 dugaan Allah berikan, tapi syukur masih kuat bertapak dan bertahan. 

12hb Dec hari tu, result untuk interview pegawai penerangan dah keluar. Ya Allah, nervous sangat rasanya. Maunya tak, calon interview satu Malaysia adalah 7000+ kot. Tapi based on statistic yg ada dalam website SPA, kekosongan adalah 4 sahaja! What do u expect??? hahahaha..

Mummy dah cuba yang terbaikkkkk sangat. Cuma itu first time mummy attend govt iv, maybe ada lack sana sini, and preparation pun just so-so and belum rezeki, maka jawapan nya adalahhhhh

DUKACITA, ANDA TIDAK BERJAYA DALAM URUSAN INI..... 


Alhamdulillah, belum rezeki lagi. Husnuzon. Terus peluk suami yang ada kat sebelah, sebab dia yang tolong check kan. Nervous punya pasal. Dia just cakap 'sokay,jangan sedih, belum rezeki'......

Insyaallah, cuba lagi bila ada kekosongan. Makanya, teruskan bekerja di sektor swasta. Bahagikan masa dengan baik antara waktu bekerja dan waktu untuk keluarga. Itu adalah yang terbaik buat masa ini. Alhamdulillah, gembira rasanya.




Birthday Blast 1 year Hasya Wilda

Assalamualaikum . . . 

Kalau jawab sayang . . . tak jawab dosa (maghia elena ) ihik. :)

Alhamdulillah. Punya la lame berkepam gambau2 dalam laptop ni. Baru berkesempatan nak upload. Since my firstbaby punya first birthday celebration tersangat la simpleeee.. yet DIY la sangat kan. Kekangan masa, dan faktor kesihatan agak menjejaskan sikit la majlis.

haha.

We ols otw balik kg on Saturday Morning (29/11/14) to attend our best friend wedding since xdapat nak attend her solemnization malam sabtu tu. Too sad. Sorry babe. Uhuk.

Semoga berbahagia Mummy bella and Uncle Ashraf ! Semoga hasya cepat dapat adik ! Yeayyyyy... heee..

2.00pm rushing balik rumah and prepare apa yang patut. Since my mom in law n adik2 takde, sebab attend wedding jugak, so i dengan husbeng macam lintang pukang prepare apa yang patut. Huuuiiisshhh.

Slowly i buat one by one. Suami sangat 'membantu'. Errrrrr.... (he start deco on 5.00 pm, majlis start 8.00 pm) Ya allah, lakiku.....

Tapi berkat kerjasama, everything went well. Alhamdulillah.

mood masih baik. Upah dengan lolipop. heee :)


chocolate n marble cake :by my mom in law

jajan for kids. beli pagi sabtu. whattttt. hahahaha.

backdrop langsir mak. hahaha. iron pon tak. pemalas nye mak kau hasya ! heee...

meja xberlapik. hasil lakiku. so paham2 je la :)

doorgift utk kids. 

nampak mak n abah tak. heee.. tq .

mood swing. lalalala

cuba senyum sikit nakkkk :) camnihhh

'mummy, im tired'... sowie mummy :')

paling penting. tapi last minute beli. xsempat tempah. secret pon xbukak lagi masa nak beli.

hai yellow bebirddd :)

auuummmmm :)

headband dah campak. topi rambu2 dah campak. anak papa. what to sayyy

kemammmm

mulakan dengan bacaan doa selamat oleh abah.

anak jejiran yg datang

papa yg eksaited nak blowww :)

1, 2 . . ..  .

3.... cryyyyy

happy birthday baby.

don cry. mummy papa loves u.

hai mak lang.

menu : fried mihun, sosej, nugget, karipap, pulut kuning, kari.

fries n macam2 lagi. last minute plan. uhuk.

ambik dik ambikkk... kasi habisss.. senang keje iols kemas nanti. heee :)

my post on FB one year ago :')

her papa words 'alhamdulillah'.


her b/day invitation card. xjadi kat taman sebab hujan selebatnya. kita hanya merancang, allah tentukan.

hasya is turning 1

HASYA WILDA TURNS ONEEEEE

Sunday, 2 November 2014

TEMUDUGA PEGAWAI PENERANGAN S41

Assalamualaikum . . . . .

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis lagi . .

Pheewww !!! Weeekend tadi adalah minggu yang quite hectic jugak la.

Since Sabtu (1 Nov), sis akan attend govt interview untuk Pegawai Penerangan S41, plus malam pukul 8 ada online exam for PTD. Dua2 scope is tough jugak la.


Untuk position as pegawai penerangan, ini last stage yang menentukan samaada ANDA DITERIMA / ANDA GAGAL . (Result la maknanya. heeee).


Maybe post kali ni boleh adik-adik jadikan rujukan ya ! As what yang sis tau, ada 4 level untuk layak mendapatkan position ni.


FIRST LEVEL : EXAM

Exam bertulis di Sekolah Izuddin Ipoh pada 1 Mac 2014. Masa ni sis baru je habis pantang dan dah start bekerja di private company di Subang. Terpaksa ambil unpaid leave as takpe lah, pengorbanan :) Nasib adik2 ipar, husband and my mom in law temankan seharian masa jawab exam. and my baby pun in good mood.


Paper exam ada 4 section termasuklah :


Section A : Ujian pengetahuan am (soalan berkisar ttg SPA, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Skop kerja sebagai PRO, communications skills)


Section B : Calculations (no calculator/smartphone), pandai2 la kira okay !heee..


Section C : Essay in BM - Sis pilih tajuk PLKN rasanya.


Section D : Essay in English - Sis pilih tajuk Social Media rasanya.


Status : Lulussssss :)


SECOND LEVEL : PAC


Hah, ni stage yang kedua. Dipanggil untuk PAC (Programme Assesstment Centre), di Politeknik Shah Alam. Seharian untuk PAC tersangat la exhausted nya! Plus dengan ramai calon2 nya, time tu rasa macam dapat ke tak. Tak tau lah. heee.. Thanks to husband yang sanggup hantar ke Politeknik (naik motor) sebab nak avoid jammed melampau ! heeee.. ILY.


Tips :

  • Make sure berbaju kebangsaan eh ! (Berbaju kurung/betul2 formal with blazer and etc) 
  • Make sure semua document complete. Bawak gambar bersaiz passport bebanyak !!! :) Stationery complete. 
  • Smart phone ada link to internet (utk search info for task yg akan diberikan) 


Calon akan beratur (keutaamaan pd calon yg sedang berpantang, mengandung), diberi nombor badan, bergambar, mendaftar dan akan diberi tajuk untuk Public Speaking dan Pengucapan Awam. Sesi ini diberi taklimat oleh pegawai SPA dan staff daripada jabatan penerangan sendiri. Satu kumpulan terdiri dalam 10-12 orang. Ada banyak sesi untuk PAC kali ni, which sesi daripada pagi hingga petang.

PAC ada 6 sesi:


1.Ujian Sahsiah/ Minat

Jawab 250 soalan objektif dalam masa 30 minit. Soalan berkisar tentang personaliti diri, kemahiran dan penampilan sebagai pegawai. Selamat menjawab !!!


Tips : Sila jawab dengan JUJUR as soalan akan keep repeat to ensure yang calon menjawab dengan jujur.


2.Debat ala Parlimen
Hah, sis tak pernah join debat okay ! Its not easy. Tapi since kita dah diberi tajuk awal, persiapan dapat dibuat sebelum tu. Kumpulan akan dibahagi kepada dua. Pembangkang dan pencadang, Sis jadi pembangkang, dengan tajuk “Media baharu membawa kebaikan atau keburukan". Lebih kurang la.


Tips : Sila buat point sahaja. No need huraian. As point yang akan bantu kita explain lebih detail masa berhujah.


3.Group discussion

Topik: ‘New Media and Traditional Media, which one would you prefer’.
Perlu discuss dalam english. Just raise your hand, and kemukakan point kita.


Tips : Be confident. Limit to 3-4 points, as same reason. Teguhkan point yang kita ada.


4.Penyelesaian masalah

Kena create program bersempena hari Kemerdekaan. As our team discuss, create one contest dengan budget yang minima. Target audience pada belia. Lebih kurang la. Cant remember more details.


5.Pengucapan awam

Topik bagi section ni dah ditetapkan. Tak silap sis, sis dapat tajuk Modal Insan macam tu la. Kena la elaborate dalam masa 5-7 minutes macam tuh. Calon2 lain dapat tajuk, GST, Kesihatan . . . . .


6.Public Speaking

Antara topiknya PUBLIC TRANSPORT, HEALTHY LIFESTYLE, TEENAGERS . . . . Scope general tapi lebih best kalau dpt bagi fakta. Make sure fakta betul okay !


Status : Lulusssssss !!! :)


THIRD LEVEL : INTERVIEW
Alhamdulillah. One week before 1 Nov, sis dapat SMS utk attend interview di Pusat Temuduga SPA di Ipoh. Kembali ke Ipoh la nampaknya. Sis fikir, ini last stage before result samada dapat ataupun tidak. Sis usaha sebaiknya. Penemuduga is Dato Fadhillah from SPA and Ms (tak ingat nama, sorry) dari Jabatan Penerangan.


Tips :

  • Study ttg Jabatan Penerangan Malaysia secara KESELURUHAN (sejarah, organisasi,tugas, etika n etc) 
  • Study ttg SPA (tugas, sejarah n etc) 
  • Study ttg dasar2 negara (mungkin tak secara details, but at least tau dasar kerajaan) 
  • Fahami budget 2015, sistem kerajaan . 
  • Ingat setiap nama2 menteri dan Ketua setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Penerangan (Sis ditanya K.Setiausaha Negara)
  • Borang - Make sure buat satu salinan resume + document yg diperlukan. Document original disusun mengikut urutan didalam file. 
  • Etika berpakaian - Sila berpakaian formal bagi calon wanita (Berbaju kurung, wearing blazer, makeup just light2 jangan mcm opera Cina,berkasut tutup 
  • Bahasa : Sis prepare je diri if have to speak for the interview session, tapi KESELURUHAN nya MELAYU. Cuma macam biasa, ada jugak terselit english 'so', additional n etc.... hahaha.. Redha je lah. 
Sis diarahkan untuk memperkenalkan diri (Nama, umur, no ic, status (berkahwin/bujang), graduate from where, kenapa kami perlu pilih anda)


LAST BUT NOT LEAST, sesi interview santai2 je. Sis tak stress sangat sebab TAK NAK stress, nant ternampak jelas pada wajah. Eceeehhhh... Heeee.. Even santai2, but be polite, jawab dengan yakin, dengan nada suara yang betul (jangan kuat sangat, jangan perlahan mcm berbisik). Interviewer siap tanya, "malam ni u sit for ptf exam?". Yesss . Then I will give you tips... bla bla bla bla..... thank you so much Dato' Fadhillah. Even kalau bukan rezeki Pegawai Penerangan, mungkin rezeki sebagai PTD. Who knows? Insyaallah.


FOURTH LEVEL : BEKERJA (Dont have experience yet. Will share later IF diterima. DOAKAN! )


P/S : Sis lulus ujian exam Online PTD! Alhamdulillah. Tak sia2 bawak husband dan anak teman jawab exam dekat Cyber Cafe. Thanks sayang2 mummy. Doakan untuk next level, INTERVIEW PTD 2015 i think. Heeeee... aminnn...


Till Then,
XOXO
Mummy Hasya.

Tuesday, 28 October 2014

Her first Birthday Blast !

Assalamualaikum 

29 Nov 2014

Tarikh yang sama.
Setahun yang lepas.

Hasya wilda selamat dilahirkan secara normal
dengan berat 3.39 kg 

Tarikh yang sama,
tahun 2014,
genap la Hasya Wilda setahun

Alhamdulillah

What else can i say . . . .

Mummy and papa loves you baby.

Kami berdua niat nak buat satu majlis.
Mungkin doa selamat dan kesyukuran.
Semoga dia membesar jadi anak yang solehah dan bijak

Birthday gift?
Birthday wishes?

Mummy dah siapkan satu surat.
Deliver to our home.

Later mummy akan upload picture okay!
One letter for each year.
Macam cerita Kuch Kuch Hota Hai . . . 

Anjaliiiiiii
Ammmmmaahhhhh!!!! :)

Every 29 Nov every year okay !
Doakan mummy dan papa panjang umur untuk terus mendidik 
dan membesarkan hasya dengan baik. 
We loves you Hasya.


Ingat nak DIY je untuk majlis dia.
Apa kata??

Checklist :
1) Invitation Card
2) Doorgift
3) Birthday Cake
4) Juadah tetamu / Juadah utk org masjid

Mummy buat simple2 je.

Doakan hasya mummy sihat, jadi anak yang baik dan solehah, 
bijak dan hormat orang tua ya.

Aminnnnnnn...


Until Then,
XOXO
Mummy Hasya.


Her first day.




Sunday, 26 October 2014

Mummy Papa 2 years Anniversary

Assalamualaikum . . . . .

Fuhhhhhh . . . . . . Lama sangat rasanya tak menulis kat blog nih ! For those yang membaca (thanks ya), its just an online diary for my baby. Suka teruskan. Tak suka, dipersilakan . . . .heeeee.. 

26 Oct 2014, 
Genap dah 2 tahun usia perkahwinan hakak nih ! Isk. Tak sangka. Sekejap je. Panjang lagi perjalanan kami insyaallah. Kami dah melepasi tempoh percubaan, kire mcm lesen P la. Alhamdulillah, we knew each other. Baik buruk perangai, kira dah khatam lah ! Gaduh? Biasa lah tuh. Yang penting, trust each other dan cuba untuk give and take.

Tak semua yang kita nak kita akan capai. Since then, belajar menerima dia seadanya.
Dalam 2 tahun usia perkahwinan ni, banyak perkara yang indah and belajar banyak perkara.

- Belajar fav foods husband : Selama 2 tahun perkahwinan, slowly ambik masa untuk belajar apa yang dia suka makan, apa yang dia tak suka makan. But dia seorang yang sangat simple. Letak satu lauk pun dah OK. syukur alhamdulillah. Biasa la, kahwin dengan gadis biasa, kalau kahwin dengan chef, lain lah cite. heeeee...

- Bahagi masa : Seriously. 24 rasa tak cukup nak handle banyak benda. Kerja kat office. Belum kena out station lagi. Siapkan anak. House chores. Ya ampun, dia memahami. Dia basuh baju, hakak sidai baju. Dia Angkat baju ampaian, hakak Lipat. Dia prepare barang masak, hakak masak. Give and take SYARAT nya.

- Good papa and menantu :Dia terlaluuuuuu sayangkan buah hati pengarang jantung dia, Hasya Wilda. Ye lah, selama 9 bulan dia jaga walaupun bukan dia yang kandungkan. Dia tatang bagai minyak yang penuh. Siapa tahan drive tapi berhenti setiap 10 minit untuk buweeeekkk (melayan morning sickness si ibu). Dia rajin melayan abah bila abah cerita pasal kebun. Even abah dah cerita banyak kali, dia still rajin. Ye lah, dia pun bakal jadi abah yang berusia nanti. Be good papa sayang.

- Jemaah : Memula kahwin alhamdulillah selalu dapat jemaah same2. But since ada baby kena gilir2. Sorang jaga, sorang buat kerja. Sorang pegang anak, sorang makan. But we apply kena makan together. Sesekali dapat berjemaah indah rasanya. Lagi2 bila hasya join . Tapi join kacauuuuuuu :)

- Aset : Dulu before kahwin, apa pun takde. Susah senang cari rumah sewa. Sekarang rumah belum lagi, but we target at 30, we both dah ada rumah sendiri. Insyaallah. Doakan kami. Just kereta yang kami mampu ada sekarang. Bertambah baik la semuanya.

P/S : Banyak lagi lah kalau nak diceritakan. Apa-apa pun, alhamdulillah. Dalam usia 2 tahun perkahwinan, macam2 kami harungi bersama.Susah senang. Sakit payah. Kami senyum je lah. Rezeki dalam perkahwinan ada. Jangan risau. Nak difikirkan tak cukup, nanti asyik bersedih. Bersyukur dan terus berusaha mencapai lebih ya.

Honeymoon? Tak sempat pun. Sekarang honeymoon bawak hasya, pakej Triple Honeymoon.. Doakan kami terus bahagia sampai bila.... Wanie, Farkhan, Hasya and bakal adik2 hasya.... ehhhhhhhhhhh...... Insyaallah.





Untill Then, 
XOXO
Mummy Hasya

Monday, 7 July 2014

Mommies should know this.

Assalamualaikum . . . . . . 

This is just general info yang I guess, every mom should know. Yes, we're can;t be perfect for them. I means for our kids. But we can try our best to be a good mom.

Apa yang perlu untuk describe diri as good mom or bad mom. Ada ke ibu2 or mommies yang nak jadi bad mom? Takde kan.

No heart feeling. This is what i think we must have. Based on pembacaan.

1. Eat. Trained our kids to be a healthy eater.
- Maybe boleh start dengan prepare makanan sendiri. Avoid junk food yang sometimes je boleh. 

2. Motherhood is a learning process.
Its OK to make mistakes. Learn from mistakes. Kan?

3. Biarkan anak close dengan papa
Yes, biarkan je. Anak yang rapat dengan ayah, akan jadikan dia lebih kuat and berani hadapi hari akan datang. Papa is hasya's bf . Love at first sight. :)

4. Have family dinner.
Yes, eat together. It will tighten the relation ships. As me, hasya akan makan dulu. and masa we ols tengah lunch/dinner, dia akan sit together with us.

5. Saying No can sometimes be OK.
Kadang2 okay la. Utk train dia jadi more patient.

6. Apology accepted
Yes. semua orang buat silap. Just say sorry. Even to your babies. Me too. kadang2 say ' mummy sorry hasya', and dia like, 'its okay mummy'. Ouuccchhhhh...

7. Yes. Dont feel guilty for working.
Its naturally came, jangan feel guilty. Kena belajar. This is lifeeeee

8. Happy marriage means happy family.
Try to put aside all masalah bila bersama anak and family. Yes, seriously. Its worth it.

9. Motherhood is not a competitive sport.
Its about feeling. Tanggungjawab. Not 'anak kau pandai apa? Anak aku kannnnn'... Bukan nya nak berlawan, tapi support. Its amanah, tanggungjawab. Kalau dah nak berlawan, tak ke stress jadinya. hahaha.

10. Lead by example.
Yes, ibu ayah example terbaik untuk anak2. kadang2 nak terluah rasa marah pada suami, sila telan semula. Jangan tunjuk depan anak. Why not, mengaji bawak anak sekali . Even dapat baca satu page sahaja, sebab kena kacau. Sokayyy..... 


Mommies, jangan stress2 okay. U can do well. Its all about family. Future. Happy. Insyaallah, berbahagia hingga ke syurga.

Ammmiinnnnnn